Friday, 12 October 2012

ELEMEN KEUSAHAWANAN


KSSR

ELEMEN KEUSAHAWANAN
OBJEKTIF UMUM MERENTAS KURIKULUM TERAS ASAS DAN TERAS TEMA
Murid yang mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran berkaitan penerapan elemen keusahawanan sekolah rendah dalam
pelbagai disiplin ilmu akan:

  1. Mengamalkan sikap keusahawanan yang cemerlang;
  2. Mengaplikasikan pemikiran keusahawanan dalam situasi yang diperlukan;
  3. Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran pengurusan perniagaan dalam aktiviti kehidupan seharian yang relevan;
  4. Memformulasikan samada konsep, proses atau produk keusahawanan berasaskan pengetahuan dan kemahiran teknologi
  5. atau vokasional;
  6. Mengamalkan nilai moral dan etika yang baik dalam keusahawanan.

LIMA elemen utama keusahawanan:
ELEMEN KEUSAHAWAN
CATATAN
1.     SIKAP KEUSAHAWANAN
Seorang usahawan mempunyai sikap yang cemerlang yang menyebabkan mereka berjaya dalam bidang yang diceburi.
Sikap cemerlang ini penting kerana ia menjadi asas kekuatan dalaman secara mental, emosi dan fizikal yang kukuh untuk
mendorong usahawan menghadapi dan menangani pelbagai cabaran sehingga berjaya.
Sikap adalah satu gambaran perasaan seseorang yang terangsang terhadap sesuatu objek yang akan dizahirkan menerusi tingkahlaku yang diambil oleh seseorang individu seperti pemilihan kerjaya dalam bidang keusahawanan.
Sikap adalah penting untuk meramalkan tingkahlaku yang dapat menentukan kejayaan usaha teroka usahawan kerana hampir semua teroka memerlukan sikap tertentu seperti kerajinan, komitmen, keazaman dan ketabahan untuk mengatasi pelbagai rintangan, cabaran, masalah dan kegagalan yang mungkin timbul di peringkat permulaan atas halangan-halangan yang berkemungkinan timbul dikemudiannya
Berikut adalah sikap usahawan yang cemerlang

  1. Komitmen yang tinggi
  2. Keazaman yang kuat
  3. Bertanggungjawab terhadap keputusan
  4. Sangat peka kepada peluang
  5. Berani mengambil risiko yang dianggarkan
  6. Keyakinan diri yang tinggi
  7. Daya kreativiti dan inovatif
  8. Fleksibiliti
  9. Keinginan kepada maklum balas segera
  10. Tahap tenaga yang tinggi
  11. Motivasi untuk mencapai kejayaan
  12. Berorientasikan masa depan
  13. Kesanggupan belajar daripada kesilapan
  14. Berkeupayaan memimpin
  15. Sangat rajin bekerja
  16. Berorientasikan pencapaian
  17. Terus belajar
  18. Daya tahan yang kental
  19. Toleransi ketidaktentuan yang tinggi
  20. Daya ketabahan yang tinggi
  21. Boleh membina jaringan sosial

2.     PEMIKIRAN KEUSAHAWANAN

Seorang usahawan sentiasa berfikiran kritis, kreatif dan inovatif kerana mereka perlu mengenal peluang-peluang dalam persekitaran perniagaan mereka supaya boleh terus berjaya atau sekurang-kurangnya bertahan dalam usaha mereka.



Pemikiran keusahawanan melibatkan sembilan langkah utama yang ada pada usahawan seperti:
1.       amalan memerhati persekitaran dengan sengaja dan bertujuan;
2.       menganalisis pemerhatian secara kritis dan kreatif;
3.       menghasilkan idea dari pemerhatian;
4.       memilih idea baik dari banyak idea;
5.       menambahbaik idea yang dipilih (inovasi);
6.       menilai idea secara kritis dalam konteks;
7.       melaksanakan idea dalam bentuk produk teknologi abstrak atau konkrit;
8.       menyesuaikan idea baru dengan keperluan masyarakat dan persekitaran;
9.       meneruskan peningkatan kualiti idea.


3.     PENGETAHUAN & KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN

Seorang usahawan yang berjaya selain mempunyai sikap dan pemikiran yang cemerlang boleh mengaplikasi konsep pengetahuan dan kemahiran pengurusan perniagaan bukan sahaja dalam perniagaan mereka tetapi juga dalam situasi kehidupan harian yang relevan.




Pedagogi pengetahuan dan kemahiran pengurusan perniagaan melibatkan praktis amalan-amalan tertentu seperti mengurus wang samada dalam perbelanjaan harian atau penabungan, mengurus transaksi jual beli mudah harian dan amalan kepenggunaan yang baik.

Contoh: Pengurusan peralatan yang digunakan dalam setiap pembelajaran; pengurusan kewangan (mengelakkan
pembaziran), pengurusan masa, pengurusan stok dan sumber.


4.     FORMULASI PENGETAHUAN & KEMAHIRAN TEKNOLOGI & VOKASIONAL

Seorang usahawan yang bertaraf tinggi dalam kalangan usahawan-usahawan biasa (peniaga yang membeli dan menjual semula) adalah seorang yang boleh memformulasikan pengetahuan teknologi dan vokasional mereka untuk mereka cipta produk keusahawanan baru dalam pasaran lokal dan global.



Pedagogi teknologi dan vokasional keusahawanan melibatkan praktis langah-langkah dalam reka bentuk (design) yang menggabungkan pengetahuan dan kemahiran teknologi atau vokasional untuk menghasilkan samada konsep, produk dan perkhidmatan yang boleh dikomersilkan.

Contoh: Murid digalakkan mengeluarkan idea sendiri dalam merekabentuk produk (contoh: dalam mata pelajaran Dunia Seni Visual) dan seterusnya menghias sehingga menjadi produk yang menarik minat orang untuk memiliki.

5.     NILAI MORAL DAN ETIKA KEUSAHAWANAN

Nilai moral keusahawanan adalah ciri baik yang diterima secara universal yang ada dalam diri seoorang usahawan.
Nilai moral adalah semua nilai baik universal yang disukai atau disenangi semua masyarakat seperti jujur, ikhlas, tolong menolong dan banyak lagi.
Nilai moral baik ini mendorong usahawan mengambil tingkah laku yang beretika semasa menjalankan transaksi perniagaan sama ada dengan pelanggan atau syarikat-syarikat lain.
Seorang usahawan bertanggungjawab kepada masyarakat kerana peranan mereka sebagai peneraju ekonomi negara. Oleh itu mereka perlu mengamalkan nilai moral dan etika keusahawanan yang baik bagi memastikan keharmonian perjalanan urusan berkaitan perniagaan dari aspek mikro dan ekonomi negara dari aspek makro.

Ada lima prinsip amalan etika keusahawanan berasaskan nilai moral baik:

1. Prinsip kemudaratan: perniagaan tidak boleh menyebabkan kemudaratan
a. Menjaga kesejahteraan masyarakat: persekitaran dan aspek fizikal dan emosi individu
b. Tidak salah guna kuasa dan sumber

2. Prinsip keadilan: perniagaan patut adil dalam amalannya
a. Tidak menindas
b. Tidak memilih kasih

3. Prinsip hak manusia: perniagaan patut menghormati hak manusia
a. Menghormati hak orang lain
b. Tidak menghalang hak orang lain

4. Prinsip autonomi: perniagaan tidak boleh menafikan hak memilih individu
a. Menghormati cara hidup orang lain
b. Menghargai kepelbagaian manusia

5. Prinsip ketelusan: perniagaan tidak mengelirukan masyarakat
a. Tidak mengelirukan masyarakat
b. Menyatakan yang benar

Pedagogi nilai moral dan etika melibatkan situasi-situasi yang memerlukan murid membuat penilaian dan seterusnya cuba memodelkan dalam amalan kehidupan seharian mereka. Dalam kelas, murid boleh melakukan amalan nilai moral dan etika secara simulasi dan main peranan.




No comments:

Post a Comment

Pergi kedai nak beli daun keladi,
Daun dibeli kat kedai Pak Ali,
Terima kasih singgah blog ni,
Kalau boleh komenlah sekali..

 Hehehe (^_^)v 

Copyright© All Rights Reserved Che Roshani Muhamad