Tuesday, 6 November 2012

Hiburan Tentang Wang !


Peribahasa Wang:


Ada Wang Abang Sayang,
Tiada Wang Abang Melayang
Maksudnya: Kasih sayang hanya kerana harta benda.

Pantun Wang:


 Baik-baik menggali ubi,
          Ubi ada di atas batas,
  Baik-baik menabur budi,
           Wang habis kita melepas.

Peribahasa Wang:

Gali lubang menutup lubang
 (meminjam wang untuk membayar wang)

Bertelingkah antan di lesung, ayam juga yang kenyang
(dua orang bertelagah kerana wang, orang lainjuga yang mendapat untung)

Hendak melangkah kaki pendek, Hendak mencapai tangan tak sampai
  (Ingin membuat sesuatu pekerjaan tetapi tidak berdaya kerana tiada wang)

Teka-teki Wang:

1. Binatang apakah yang paling kaya?
 Jawapannya: Beruang sebab ia ber wang.

2. Ada 2 syiling 25 sen. Salah satu daripadanya bukan 5 sen. Berapakah nilai setiap syiling?
 Jawapannya: 20 sen dan 5 sen.

3. Siapakah yang menemui dompet kulit?
 Jawapannya:  Yang menemui dompet kulit tolong pulang kat aku. hi...hi..hi

4. Panjangnya 15cm, warna kemerahan, ada kepala, kalau banyak perempuan boleh jadi gila ? 
 Jawapannya: Duit sepuluh ringgit.

No comments:

Post a Comment

Pergi kedai nak beli daun keladi,
Daun dibeli kat kedai Pak Ali,
Terima kasih singgah blog ni,
Kalau boleh komenlah sekali..

 Hehehe (^_^)v 

Copyright© All Rights Reserved Che Roshani Muhamad