
Pelajar cemerlang sentiasa tahu matlamat hidupnya.
Mereka dpt gambarkan dgn jelas siapa mereka di penghujung kehidupan nanti. Stephen Convey dlm bukunya berjudul ’The 7 Habits’ ada menegaskan kepentingan memulakan kehidupan dari belakang. Maksudnya, utk berjaya kita mesti gambarkan apakah sumbangan kita kepada negara, agama, masyarakat, ibu bapa, dan diri kita sebelum kita menghembuskan nafas terakhir. Adakah kita mahu menjadi seseorang yang dikenang dan berjasa? Adakah kita mau meninggalkan nama yg baik atau sebaliknya?
Kalau anda tahu anda mahu akhiri kehidupan ini dgn kejayaan maka kejayaan yg bagaimanakah yg anda maksudkan? Tidak cukup dgn mengatakan aku mahu berjaya saja tetapi anda perlu ’detail’ kan dgn jelas matlamat anda itu.
Misalnya, dgn berkata aku mau menjadi menjadi seorang pelajar cemerlang dan berjasa itu merupakan satu matlamat yg kabur dan tidak merangsang jiwa.
Sebaliknya dgn berkata aku mahu menjadi seorang Doktor Pakar Bedah lulusan luar negara dan bekerja di Hospital Pakar Pantai Puteri – ITU MERUPAKAN matlamat yg jelas dan mampu merangsang jiwa.
Kalau anda tau anda mahu jadi Doktor Pakar Bedah maka cuba fikirkan sekarang universiti mana yg anda mau belajar nanti?



Setelah tahu matlamat anda, maka rangkalah sasaran peperiksaan anda sekarang.
Misalnya, kalau sekarang markah Mathematics anda cuma 40% sahaja, maka letakkanlah satu sasaran yg lebih tinggi misalnya 80% selepas ini.
Dalam meletakkan sasaran jangan terlalu fikirkan sangat sama ada ia boleh dicapai atau tidak – sebaliknya fikirkan adakah anda benar-benar mahukannya atau tidak. Sebab jika anda mahukannya maka pasti sentiasa ada jalan untuk mengusahakannya. Kemahuan yg membara ini sentiasa memberikan anda tenaga tambahan dlm berusaha.
Fikirkan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh mengenai 4 persoalan ini.




CONTOH MATLAMAT
Apa yg aku mahukan dalam peperiksaan?

Bila ia mahu dicapai?

Kenapa aku mesti mencapainya?




Bagaimana?








No comments:
Post a Comment
Pergi kedai nak beli daun keladi,
Daun dibeli kat kedai Pak Ali,
Terima kasih singgah blog ni,
Kalau boleh komenlah sekali..
Hehehe (^_^)v