Thursday 13 December 2012

Balik Kampung



Semalam baru pulang dari kampung . Tujuanku adalah untuk menjengah orang tua . Hampir 10 hari di kampung. Sekurang-kurangnya aku berkesempatan meluangkan masa bersama dengan mereka yang sememangnya menunggu kepulanganku bersama dengan cucu-cucu mereka. Kebetulan pula musim buah-buahan….best tu kerana dapat makan buah segar. Duku, manggis dan rambutan yang dapat dipetik terus dari pokok cukup  enak rasanya. Tidak ketinggalan juga buah durian…umm..sedap rasanya.
Melihat riak kegembiraan kedua ibu bapaku melayan cucu-cucu mereka, bahagianya kurasakan. Hari ini luahan rasa kegembiraan ini dapat aku hiasi diruangan blog ini.

3 comments:

Pergi kedai nak beli daun keladi,
Daun dibeli kat kedai Pak Ali,
Terima kasih singgah blog ni,
Kalau boleh komenlah sekali..

 Hehehe (^_^)v 

Copyright© All Rights Reserved Che Roshani Muhamad