Semalam baru pulang dari kampung . Tujuanku adalah untuk menjengah orang tua . Hampir 10 hari di kampung. Sekurang-kurangnya aku berkesempatan meluangkan masa bersama dengan mereka yang sememangnya menunggu kepulanganku bersama dengan cucu-cucu mereka. Kebetulan pula musim buah-buahan….best tu kerana dapat makan buah segar. Duku, manggis dan rambutan yang dapat dipetik terus dari pokok cukup enak rasanya. Tidak ketinggalan juga buah durian…umm..sedap rasanya.
Melihat
riak kegembiraan kedua ibu bapaku melayan cucu-cucu mereka, bahagianya kurasakan.
Hari ini luahan rasa kegembiraan ini dapat aku hiasi diruangan blog ini.
sedapnya dapat makan durian.
ReplyDeletenyam nyam..
Betul - betul sedap .. Enak dari dusun :)
Deletetahniah...the best 4 you teacher!
ReplyDelete